Budak Roentgen

Isnin, 17 Oktober 2011

Radiasi atau sinaran ? Part 1

Petang Isnin nie Advisor BR nak bercerita pasal sinaran ataupun radiasi..radiasi atau sinaran semua nyer sama jer...isi sama kulit jer lain  lain...ada tempat panggil radiasi..ada tempat panggil sinaran...tapi kesannya sama sahaja..

Bercerita pasal radiasi ni kan.. ramai orang marhain nie selalu terbayang kalau radiasi nie akan mendatangkan bahaya..radiasi jer mandul...mandul jer sebab radiasi..mentaliti orang marhain yg macam nie la Group BR nak tune balik...hehehe...kasik betul balik..kasik paham..supaya tak mudah untuk diperkotak katikkan oleh orang yang suka ambil kesempatan..(selalunya org politik suka mainkan isu radiasi nie..hehehe) takmo pi detail sangat nanti susah nak paham...Okey..sinaran ni ada 2 jenis..
  1. Sinaran mengion.
  2. Sinaran tak mengion.
  3. Sinaran passport kegemilangan
Apa contoh sinaran mengion...?
X-Ray, Gamma Ray, partikel alpha, partikel beta, partikel neutron...(macam mana rupa Advisor BR pun tak tahu..cuma ada simbol sahaja..pengaplikasiannya Advisor BR akan bagi tau kemudian.)


-simbol sinaran mengion secara umum-


Apa contoh sinaran tak mengion?
Yang nie bersepah pengaplikasiannya dalam kehidupan kita...gelombang radio, gelombang mikro, gelombang bunyi dan seperti gambar di bawah nie ha...

-pengaplikasian sinaran x mengion dalam kehidupan-

Jadi..kesimpulannya kita perlu betulkan kembali bahawa sinaran ataupun radiasi itu tidak hanya pada Bom Atom..Sinar-X..Reaktor Nuklear..Projek Lynas..hahaha..dan sebagainya yang negatif..sebenarnya sinaran/radiasi nie bersama kita setiap hari dan ketika..cuma kita jer buat tak CAKNA..


-spektrum sinaran dalam kehidupan- Tq Mr Sprawls :)


Tengok...Cahaya Tampak (Visible Light) itu juga radiasi...tanpa cahaya, hidup jadi kelam. gulap gulita tu bro...jadi hormati la sinaran dan radiasi di sekeliling anda...jangan bersangka buruk pada mereka..hehehe

-Advisor BR-®

Selasa, 4 Oktober 2011

budak roentgen kembali lg

sorry kepada kawan dan terutamanya en nik,,,BR menyepi sbb terlalu sibuk dengan tugas sebagai pelajar...hehehe...apapun BR akan kembali memberikan input berguna kepada masyarakat..hehehe..BR atiqah sibuk menyambung master..sbb 2 la dah lama BR menyepi...tetapi insyallah BR akan cuba memasukkan input berguna...sekurang2nya 2 kali sebulan,,,hehehe...p/s: ni mukadimah je...hehehehe

Can u Tell me??

assalamualaikum..
selepas sekian lama.. baru ada feel nak tulis balik. thanx kepada sesape yang still follow.

budak roentgen cuma rasa nak tahu sangat pasal satu benda ni. Kenapa ye? Kenapa orang awam sangat takut pada radiasi?? yela.. kita tau, dos yang berlebihan boleh membawa kepada kanser dan sebagainya macam yang budak roentgen penah cakap sebelum ni. Maksudnya, radiasi boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia. Tapi bukan ke kita tau bahawa ada sesetengah sifat manusia ni memang suka wat tak tau je tentang risiko semua ni..



kalau betul orang amik tau. kenapa ramai yang tak amik kisah pasal rokok?? padahal rokok boleh bawa pada penyakit. walaupun ditampal sebesar-besar gambar yang mengingatkan perokok itu sendiri tentang risiko merokok, tetap gak perokok tu tak amik kisah. dinaikkan harga pun wat donno je. walhal kita gak tau asap rokok tu sendiri boleh bahayakan orang sekeliling lebih daripada perokok. boleh bagitau budak roentgen kenapa??




kalau betul orang amik tau. Kenapa ramai yang tak kisah pasal penjagaan makanan? Bukan semua orang ikut cara makan yang betul macam yang disarankan oleh kementerian kesihatan. Ikut piramid makanan! Yang orang tau janji makan sedap. mcd, kfc, pizza, magee. sayur?? maunyer tak pandang. Statistik obesiti, tinggi kolestrol, kencing manis.. makin meningkat. tapi ada orang kisah?? 

kalau betul orang amik tau.. kenapa biarkan pembakaran sampah secara terbuka? gas rumah hijau, karbon dioksida makin meningkat. bukan setakat pembakaran sampah, penebangan pokok, buang sampah merata-rata, asap kilang, asap kereta. semua tu boleh datangkan risiko pada masa hadapan. tapi budak roentgen tau. orang tak kisah.


sebenarnya banyak lagi risiko yang jelas, terang lagi nyata ada kat depan mata. Budak roentgen tau sebab budak roentgen juga manusia. Tapi orang suka amik mudah. amik satu sikap yang tak amik kisah. biarpun pelbagai kempen dibuat untuk tingkatkan kesedaran, benda tetap sama. tapi bila cakap pasal radiasi, nuklear.. Ibarat bom meletup di hiroshima dan nagasaki... riuh satu negara. semua orang takut! risiko tetap ada, sama seperti yang budak roentgen dah cakapkan. itu yang budak roentgen nak tau. apa bezanya... ITU dan INI. tolong jawab soalan budak roentgen. BOLEH???